suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu bingung anak kerap tenyeh bahagian sulit pada objek berbucu, jawapan si kecil buatnya terkedu - “Saya tak tahu nak respons”

Perubahan fizikal dan perkembangan tubuh anak-anak perlu dijelaskan secara terbuka oleh ibu bapa. -Gambar hiasan AI

SEIRING fasa tumbesaran anak, perkembangan mereka sering disertai pelbagai perubahan tingkah laku yang menimbulkan persoalan dalam kalangan ibu bapa, lebih-lebih lagi apabila melibatkan bahagian sulit.

Ada kalanya, ibu bapa sendiri berasa buntu untuk memberikan respons dan penerangan yang sesuai mengikut tahap kefahaman anak.

Situasi itulah yang dilalui seorang ibu yang meluahkan rasa bimbang selepas menyedari anak lelakinya yang berusia enam tahun kerap menggesel bahagian sulit pada objek berbucu.

Pada awalnya, dia menyangka tingkah laku itu hanya sekadar salah satu cara anak bermain apabila kebosanan, namun naluri keibuannya mula berasa curiga selepas perbuatan itu berulang kali berlaku.

Ibu bapa perlu sentiasa peka dengan perubahan tingkah laku anak-anak. -Gambar hiasan AI

Ibu bapa perlu sentiasa peka dengan perubahan tingkah laku anak-anak. -Gambar hiasan AI

Menerusi satu hantaran di Threads, wanita berkenaan mendedahkan bahawa anaknya itu turut menunjukkan reaksi takut setiap kali perbuatannya disedari.

"Saya selalu perasan dia suka tenyeh bahagian sulit dekat tempat tertentu seperti bucu... mula-mula saya ingat dia main-main.

"Tapi lama-lama, setiap kali dia tengah buat, apabila saya lalu dia macam takut dan terus buat macam biasa," luahnya.

Bimbang dengan keadaan tersebut, dia cuba bertanya secara baik bagi memahami apa yang dirasai anaknya.

  • Seorang ibu risau anak lelakinya berusia enam tahun kerap menggesel bahagian sulit pada objek berbucu.
  • Dia menyangka anak sekadar bermain, namun mula bimbang apabila tingkah laku itu berulang.
  • Anak kelihatan takut apabila menyedari gerak gerinya diperhatikan.
  • Apabila ditanya secara baik, anak memberitahu dia berasa gatal.
  • Wanita itu meminta pandangan netizen yang kemudian berkongsi pengalaman serta cadangan masing-masing.

Namun malangnya, kanak-kanak itu tidak memberikan jawapan, menyebabkan si ibu beranggapan anaknya belum pandai menjelaskan keadaan yang dirasai.

"Saya tanya... abang buat apa dekat bucu itu, tak sakit ke? Dia kata tak. Saya tanya lagi... abang rasa apa? Kemudian dia jawab gatal. Saya terdiam, tak tahu nak respons apa," jelasnya menceritakan situasi yang berlaku.

Bimbang tingkah laku tersebut berterusan, dia kemudiannya menitipkan nasihat agar anaknya tidak mengulangi perbuatan yang sama.

Pada masa sama dia cuba mendapatkan pandangan warga maya mengenai cara untuk menjelaskan perasaan yang dialami anaknya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Panas hati tengok budak 5 tahun tunjuk samseng, aksi pijak kamera paling melampau! Netizen herdik ibu bapa tak reti jaga anak

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ditempelak pandai-pandai tegur anak orang main naik turun eskalator - “Tak payah marah, dia budak lagi”

Perkongsian berkenaan mendapat perhatian netizen yang tampil berkongsi pelbagai petua serta pandangan berdasarkan pengalaman masing-masing.

"Ini fasa phallic (phalic phase), berterus-terang saja dengan anak tentang tingkah laku dia itu. Kemudian ajar dia bagaimana nak alihkan perhatian.

"Pengalaman saya, anak saya selalu juga pegang alat sulit dia, dah tegur dan marah sampailah dapat tahu yang alat sulit buta masa nak sunat.

"Mungkin kena tengok balik cara dia cuci kemaluan macam mana, atau sunatkan dia kalau belum bersunat lagi," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain